Friday, May 22, 2009

Cadangan mendaftarkan penulis blog - Dr Rais


SHAH ALAM, 21 Mei (Bernama) -- Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata pandangan sesetengah pihak bahawa penulis blog di Malaysia patut didaftarkan perlu diperhalusi daripada segi perundangan.

Beliau berkata perlu dilihat sama ada pendaftaran itu boleh dilakukan mengikut undang-undang sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, katanya penulis blog yang didapati memutarbelitkan fakta boleh diambil tindakan mengikut Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas cadangan itu selepas melawat Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Khamis.

Dr Rais berkata kerajaan juga sedang meneliti akta baru iaitu Akta Tandatangan Multimedia yang diproses sejak tiga tahun lepas, yang akan meneguhkan lagi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Dr Rais berkata beliau mahu para pegawai kementerian meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang internet termasuk blog, sesuai dengan peredaran zaman.

Katanya jika beliau yang telah merentas zaman di bawah lima Perdana Menteri mampu mempelajari perkara-perkara baru menerusi internet apatah lagi para pegawai kementerian.

Beliau berkata Pegawai Penerangan juga perlu mendekati rakyat dan menyampaikan maklumat kerajaan melalui saluran tidak formal seperti berinteraksi dengan masyarakat di kedai kopi, gerai dan pasar.

"Penyampaian maklumat secara kurang formal tetapi secara langsung dijangka lebih berkesan," katanya.

Dr Rais berkata kakitangan kementerian, khususnya Pegawai Penerangan merupakan mata dan telinga kerajaan dan mereka perlu memainkan peranan menyelami hati rakyat.

-- BERNAMA




1- Berapa banyak blog di Malaysia ni? Yang bercerita hal peribadi pun ramai. Jika seseorang itu berblog mengenai negaranya akan tetapi dia sendiri bukan berada di negara ni pula bagaimana ye? Dunia internet ni luas malah merentasi benua. Perlukah juga didaftarkan?


2- Saya pernah tinggal dengan seorang Pegawai Penerangan semasa saya bujang dulu. Aktif berpolitik je dia. Tak de dalam agendanya nak mendekati hati nurani rakyat. Apatah lagi yang tidak sekapal dengannya. Pesan saya pada Pegawai Penerangan, bukan kak Z sorang je, silalah ambil pot dengan rakyat ni. Siapa ada tengok Bersamamu semalam? Sedikit ringkasan mengenainya ada di sini. Pergilah jenguk²kan keluarga ini, malah mungkin banyak lagi keluarga dhaif di luar sana tu. Jangan asyik claim duit OT aje...


3- Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Al-Fatihah kepada antara insan yang dipilih untuk menemuiNya pada pagi Jumaat yang mulia ini. PRK lagi kita lepas Penanti. Ini bukan mainan politik ye!

4 comments:

asr said...

Bukan jbtn gomen yg byk block akses ke internet ka???

Al-Fatihah buat Hj. Ismail Yaacob dan takziah buat keluarganya...

noorra on May 25, 2009 at 12:17 PM said...

Manik Urai menggamit khidmat kami lagi...berjuang terus berjuang demi agama yg tercinta!!!

kak Bib said...

Saranan si Rais ni lawak sungguh la...mcm la SPR suruh limitkan penyokong masa hari penamaan calon seramai 5 ribu je. Blh ke nak kira sorang2 dah cukup bakinya halau balik....kah3x

Sue.Aleen on May 27, 2009 at 12:28 PM said...

asr:
tak tahu ler teman.. almaklum ler teman idak pernoh keje gomen!




noorra:
selamat berjuang!




kak Bib:
pak menteri kita kebanyakannya memang ada sense of humor! tu yang best tu!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez