
Hampir setiap umat Islam berdoa kepada Allah. Tapi apabila doa tidak dimakbulkan-NYA, adakah wajar kita berputus asa?
Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul'" - surah al-Baqarah: 186.
Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan hamba-Nya lebih-lebih lagi yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hamba-Nya. "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." - surah al-A'raf:55.
Marilah kita perbanyakkan doa di penghulu segala hari ini. Moga ada di antara doa² kita akan diangkat dan dimakbulkan. Terutamanya doa daripada pihak yang dizalimi, wallahu'alam.

2 comments:
info best..tq sue kerana berkongsi!!btw..pakabar..lama tak borak ngan sue
iza:
habo baik... lama jugak tak chat dengan kak Iza kan... tahu² je akak dah preggy.. tahniah!
Post a Comment