Wednesday, May 6, 2009

Penstrukturan semula pinjaman Bank Rakyat


Semalam saya berkesempatan untuk ke Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad (Bank Rakyat) untuk membuat penstrukturan semula pinjaman. Proses tersebut memakan masa tidak sampai setengah jam.

Di zaman gawat ini bank berkenaan telah mengambil langkah yang proaktif dalam membantu pelanggan dan juga pemegang saham bagi mengurangkan beban hutang dengan pihak bank. Saya memohon untuk dikurangkan jumlah bayaran bulanan. Anggaran yang diberikan oleh pegawai terbabit, Bank Rakyat mampu mengurangkan sehingga 70% daripada bayaran bulanan sedia ada. Cuma jangkamasa bayaran akan menjadi lebih panjang. Sekiranya perjanjian pinjaman tersebut dijadualkan akan selesai pada 2017, jangkamasa bayaran pasti akan teranjak lebih kurang ke tahun 2020. Pun begitu jumlah pinjaman tersebut tidak berubah kerana ia bersifat Islamik yang tidak akan 'berbunga'.

Pihak Bank Rakyat katanya amat mengalu-alukan pelanggan untuk berbincang dengan pihak bank. Yang menjadi masalahnya adalah apabila pelanggan terlalu alah malu. Bagi saya, jika kita bermasalah, jangan kita cuba lari dari masalah tersebut. Hadapinya. InsyaAllah akan ada penyelesaian terbaik di sebalik kekusutan yang berlaku. Saya rasa ramai yang menghadapi masalah sepertimana saya di luar sana tu.

Bayaran bulanan yang dikurangkan tersebut tidak bersifat kekal. Sebaliknya ia hanya berlaku dalam tempoh 2 tahun. Selepas 2 tahun bayaran tersebut akan dinaikkan sedikit demi sedikit. Bagi pelanggan yang bakal berdepan dengan tindakan mahkamah, jika dalam tempoh 7 bulan patuh kepada bayaran yang dipersetujui, maka rekodnya akan bersih dan failnya tidak akan disimpan oleh syarikat guaman.

Saya hanya surirumah. Sungguh saya berada dalam keadaan dilema sama ada ingin bekerja atau pun tidak. Dalam keadaaan Syafiah memerlukan penjagaan khas tapi keadaan poket amat menyakitkan.

Sebelum balik sempat pula saya membelek brosur. Salah satu daripadanya:



Banyak lagi produk Bank Rakyat. Jadi tidak hairanlah sekiranya Bank Rakyat mampu untung dalam suku pertama tahun ini berbanding tahun lepas kerana polisinya longgar, tidak menindas dan bersifat mesra pelanggan. Pelanggan pun tak lari.

Petikan The Star:

Wednesday April 22, 2009
Bank Rakyat firt quarter pre-tax profit at RM331mil


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia recorded a profit before tax and zakat of RM331mil for the first quarter ended March 31, an increase of RM80.6mil, or 32.2%, from the same period last year.

[
...]




Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pihak Bank Rakyat kerana menyediakan kelonggaran seperti ini. Moga Bank Rakyat dan kakitangan akan terus mesra pengguna.


Nota:
Mahu saja saya buat re-financing rumah saya tu dengan Bank Rakyat... makcik tak keje oiii! Pilihan pertama - jual. Pilihan kedua - kerja dan tinggalkan Syafiah, pastu re-finance rumah tu dengan pinjaman Islamik.

5 comments:

joe penang on May 6, 2009 at 2:32 PM said...

Mari menyertai HPA. Boleh untung wp duduk rumah je.

Kalu nak jadi ahli pastikan downline tu aktif. Insya Allah perjalanan dalam HPA lebih muda.

joe penang on May 6, 2009 at 2:33 PM said...

silap. Upline

the principal on May 6, 2009 at 3:32 PM said...

K emy ambik dgn Bank Islam. Ingatkan nak islamic, lagi nampak mcm tak islamic. The so called profit margin 7.75%. Di saat bank turunkan BLR, Bank Islam tak berganjak. Nak refinance byklah pulak proses & costly. In the meantime pasrah je. Bila cukup duit mmg akan refinance...

Sue.Aleen on May 8, 2009 at 10:46 AM said...

joe penang:
saya phobia la dengan MLM ni. tapi barang HPA saya pakai - ayam organik, kopi radix, herba dia tu..

Sue.Aleen on May 8, 2009 at 10:48 AM said...

Kak Emy:
memang Bank Islam tu tinggi profit margin dia banding dengan Bank Rakyat. tu sebab masa buat pilihan loan dulu antara Bank Islam vs Bank Rakyat, saya pilih bank rakyat. lagi pun hubby kenal dengan kebanyakan staff bank tu sendiri.

susah ye nak refinance kalo islamic loan ni?

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez