Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

Palestin : Masihkah kita mengingati mereka?


Lagu di bawah ini dibawakan oleh Saudara Muadz bin Dzulkefly. Kali pertama saya mendengarnya di Stadium Melawati, Shah Alam ketika ceramah perdana yang lepas. Kala beliau mendendangkan lagu berikut yang berdasarkan kepada sebuah hadith Rasulullah saw, air mata mengalir laju tidak mampu ditahan. Adalah dikatakan bahawa Palestin adalah sebuah negara yang menghasilkan pemegang PhD teramai di dunia, subhanallah. Terasa semangat membakar, bak kata cik suami, terasa seperti mahu ke Palestin secara tiba² saja.





Maksud hadith:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

Sahabat bertanya "Di mana mereka itu?"
Baginda menjawab "Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya"

Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah ibn Ahmad dalam Musnad Ahmad, dan al-Haithami dalam Zawaidnya telah memberikan komentar : "Hadith ini diriwayatkan oleh Abdullah Bin Ahmad (anak Imam Ahmad Bin Hanbal) dan juga al-Tabrani, dan perawinya adalah orang-orang yang thiqah (dipercayai)".




Saudara Muadz merupakan anak kepada Dr. Dzulkefly, ahli Parlimen Kuala Selangor. Bekas pelajar terbaik Syariah di UIA serta fasih berbahasa Arab. Al-Fatihah buat semua pejuang yang berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini.




Aku masih memboikot beberapa produk asas sama ada keluaran atau mendapat lesen mengeluarkan oleh syarikat Yahudi. Ya Ampun, wahai saudaraku di Palestin, aku tidak dapat banyak membantu kalian. Hanya doa dan ingatan yang tak putus mampuku iringkan buat kalian. Moga anak²ku berjiwa kental seperti mereka dalam menegakkan Islam di muka bumi ini kelak, insya-Allah! Ketika aku menulis semua ini, air mata tetap tidak dapat mampuku tahan daripada terus mengalir. Sama ketika aku berada di stadium itu. Allahuakbar!!


 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez