Saturday, April 14, 2007

Kabus



Ijok - Saujana Utama


Fraser Hill

Kabus sepanjang jalan hari ni dari Sungai Besar ke Saujana Utama tebal sangat.. kata orang2 tua bakal hujan.. kalo tebal mungkin lebat dan luarbiasa... why dari Sungai Besar? Hari ni kan baru hari Sabtu? Well semalam balik ke Sungai Besar hantar bebudak sebab hari ni kena keje... Actually tengahari sok ada kenduri arwah dan majlis pertunangan kakak ipar.. takkan petang ni baru nak balik. Konon tunjuk muka awal la... Hari tu kat Fraser Hill pun sama gak... berkabus...

My sis-in-law is the first kid in the family, whilst my husband is 2nd... but her bro got married 1st in 2003. Dah sampai seru kenalah kawennn.. I've to call her 'kakak' though my age is one year old older than her... Fenin? Senang citer husband aku lagi muda la dari aku.. even sis-in-law pun lagi muda dari aku...

Satu perkara yang aku kurang senangi dalam hidup ini adalah sikap berlebihan walau pun orang akan kata itu hak merekalah. Contohnya dalam bab merisik dan pertunangan... Kisah aku simple dan aku nak share kat sini bahawasanya bersederhana itu tak salah pun malah membawa kebaikan.

Aku bertunang dulu dalam tahun 2002. Asalnya bukan untuk bertunang. Mak mertua aku telefon ibu kat kampung tanya pasal kami berdua dan katanya dia nak ke Penang ziarah saudara mereka. Since rumah aku just on the way.. dia kata dia nak singgah... dan barangkali terus merisik (itu kata dia la).. ibu menjawab dengan selamba, "Buat apa nak merisik lagi. Bukankah mereka berdua itu saling mengenal?". Maka, berangkatlah mereka - ibu mertua, bapa mertua, adik ipar dan bakal suami - ke rumah aku. Sebenarnya aku tak pernah kenal mereka kecuali kakak ipar aku yang bakal melangsungkan pertunangan esok. Itu pun jumpak dalam 2 kali kot. Kira inilah kali pertama pertemuan untuk semua orang kecuali aku dan husband yang dah kenal sebelum itu disebabkan kami bekerja di bawah satu bumbung.

Aku dan husband pun pergila beli cincin belah rotan. Harga pun tak seberapa. Hari yang dirancang itu pun datang. Masa dia orang tiba tu pukul 12 tengahari. Aku tak siap apa pun.. baju kurung pun pakai baju biasa je.. Dia orang datang je aku terus tuko baju. Bersolek sendiri itu pun untuk bergambar.

Bapa saudaraku jadi wakil (sebab dia akan jadi wali sebab arwah ayahanda dah tiada). "Jadi, depa berdua ni macamana kira ni?" tanya Angah selamba dan direct je. Setelah depa tetapkan semuanya, terus je pintu bilik aku diketuk sedangkan aku tak siap lagi. Masa sarung cincin tu rupanya depa dah siap bawak dua cincin walau pun kami beli sendiri satu. Hantaran lelaki bagi 3, kami balas 5 on the spot...

Pastu terus je masuk waktu Zohor dan kami pun solat. Sesiapa yang datang rumah aku PASTI dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan walau pun tetamu tak berapa kerat. Wakil lelaki yang 4 orang tu sampai tak larat nak habiskan. Mana taknya.. aku ada 5 adik-beradik. 3 kakakku dah jadi tukang masak untuk hari itu sahaja...

Aku suka betul begitu... nak melamar datang terus je dengan mak ayah tak yah hantar wakil dan beradat bagai... Cukuplah berlapik kata memula bicara...

Nabi Muhammad s.a.w. telah menganjurkan agar acara merisik dan bertunang itu agar dirahsiakan.. so why not ikut... para ulama bersepakat mengatakan bahawa jika sesuatu perkara itu tiada dalam al-Quran dan al-Sunnah maka ia adalah bida'ah. Jadi.. baik hati2... wallahu'alam

0 comments:

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez