Friday, June 5, 2009

Pusingan pertama


Malam semalam telah diadakan forum bertajuk "Islam Memimpin Perubahan" di perkarangan Stadium Shah Alam. Dibarisi oleh ahli panel seperti Ustaz Nik Zawawi, Drs Idham Lim dan Dato' Dr Hassan Ali serta dipengerusikan oleh Ustaz Sallehen Mohkyi. Bagai mengembalikan zaman kegemilangan ceramah/forum perdana yang hangat suatu masa dulu. Maaflah.. gambar kurang memuaskan...


Kumpulan nasyid Algebra dan kengkawan menghiburkan yang hadir sebelum ceramah diadakan.


Sejurus sebelum ceramah diadakan Ringgo (Arrow) sempat mengadakan persembahan.




Yang lelaki bersalaman dengan ahli panel sebelum pulang, yang perempuan seperti saya... kerojerrnyerr ambil gambo le yob!


YB Idham... yb tak kenal saya.. tapi saya dan kakak saya kenal YB.. hehehe.. Nak je perkenalkan diri sambil cakap, "YB letak link saya dalam blog YB. Sayalah blogger picisan tu.. terima kasih". Isk.. tak pe la.. bio la remain low profile.


Pagi ni saya akan menghadiri muktamar sebagai pemerhati.





Thursday, June 4, 2009

Tentatif Penuh Muktamar Pas


Maaf, saya lambat kemaskini tentang ini. Broadband saya teruk sekali receptionnya. Pagi tadi hanya GPRS, menjelang petang barulah 3G muncul, alhamdulillah.



Hari ni berlangsung muktamar PAS dewan Muslimat di Dewan Bankuet, MBSA. Berikut merupakan rentetan perjalanan muktamar tersebut:

4.25 petang SHAH ALAM, 4 Jun - Dewan masih lagi dalam perbahasan Ucaptama Ketua DMPP dari perwakilan negeri Melaka, sementara itu dalam masa yang sama, sesi pengundian masih lagi berjalan di dewan bersebelahan.

3.15 petang SHAH ALAM, 4 Jun - Perbahasan Ucaptama Ketua DMPP bermula dengan usul dari muslimat Pulau Pinang dan negeri Pahang.

3.00 petang SHAH ALAM, 4 Jun - Para perwakilan Dewan Muslimat PAS sedang memulakan proses undian untuk memilih barisan kepimpinan sayap itu bagi penggal 2009-2011.

2.15 petang SHAH ALAM, 4 Jun - Sidang muktamar dimulakan kembali, para perwakilan mengambil tempat. Setiausaha Dewan Muslimat, Salbiah Abd Wahab membentang laporan tahunan. Laporan dan penyata kewangan mula di bahas dan diterima.

Jawatakuasa Pemilihan calon Pas, Mat Diah memberi penerangan berkenaan proses dan tatacara pemilihan yang akan di buat sebentar lagi.

Pemilihan melibatkan jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, 12 ahli Jawatankuasa Kerja dan dua Pemeriksa Kira-Kira.

Bagaimanapun, jawatan bagi Naib Ketua telah dimenangi Senator negeri Kelantan, YB Senator Mumtaz Md Nawi. Juga jawatan pemeriksa kira-kira, Basmatul 'Uyun Yusof dan Wan Hasna Wan Ismail menang tanpa bertanding.

11.30 pagi SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar Dewan Muslimat sedang berhenti seketika memberikan laluan petugas menyiapkan dewan untuk Sidang Muktamar yang akan berlansung jam 2 petang ni.


Manakala para perwakilan sedang diberi taklimat bagi pemilihan petang nanti.

10.45 pagi SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat' akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


DMPP turut mengadakan pelancaran buku-buku terbitannya yang akan dilaksanakan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


9.20 pagi SHAH ALAM, 4 Jun - Ucapan Aluan dari Penyelarasan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAs Pusat kali ke-49 Puan Salbiah Abdul Wahab di teruskan dengan Ucaptama Muktamar oleh Ketua Dewan Muslimat PAs Pusat.


Persembahan menarik montaj Multimedia Jabatan IT Muslimat (JITM) Dewan Muslimat menjadi selingan acara.

8.50 pagi SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-49 sudah membuka tirainya, Muktamar dibuka dengan bacaan Al-Quran dari adik Arif Adli disusuli lagu NegaraKu dan lagu rasmi Parti Islam Semalaysia.

Montaj pembukaan Muktamar mula ditayang, muktamar yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat' akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.


Di atas pentas Dewan Banquet kelihatan ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Taib Azamuden diiringi isteri. juga Ketua Wanita PKR. Di bahagian kanan dan kiri pentas tersusun putih hijau barisan Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas yang dipimpin Nuridah Mohd Salleh.

Hadir sama, pencinta bahasa Profesor Emeritus Datuk Dr.Nik Safiah Karim, Puan Ainon, Dato' Bandar Shah Alam dan Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Manakala, di bahagian belakang dewan dipenuhi para blogger dan pemerhati.


8.00 pagi SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar Dewan Muslimat kali ke 49 akan membuka tirainya bila-bila masa dari sekarang. Dewan Bankuet yang kini kelihatan mula dipenuhi para perwakilan dan tetamu.


Acara bakal dimulakan sebentar lagi dengan perasmian pembukaan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan ucaptama Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh akan menyusul selepas itu.


Siaran Langsung majlis perasmian boleh disaksikan melalui laman web rasmi muktamar, http://muktamar55.pas.org.my.


Dipetik dari Laman Web Muktamar PAS ke-55.


Insya-Allah jika tiada aral kami - saya, suami, kakak dan suaminya (yang dalam perjalanan dari Perak) akan bertemu di Stadium Melawati untuk ikut serta dalam muktamar penuhnya. Inilah kali pertama saya mengambil kesempatan untuk ke muktamar. Dua faktor adalah lokasi dan juga pemilihan tempat itu sendiri. Lokasinya tidak jauh dari tempat kami tinggal. Saya sendiri amat sukakan keadaan stadium itu sendiri. Jadi, marilah beramai kita ke sana...




Tuesday, June 2, 2009

Stadium Sultan Mizan runtuh


Stadium Sultan Mizan runtuh
02/06/2009 10:25am

KUALA TERENGGANU 2 Jun – Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.

Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu. - Utusan







Gambar diambil dari sini.


STADIUM SULTAN MIZAN Info:
Sumber: Internet

Client/Owner
Terengganu State Government

Architecture Firm
Senibahri Arkitek

Principal Architect
Ar. Raja Kamarul Bahrin Shah

Project Architect
Badrul Hisham

Main Contractor

Main stadium: Bina Structur-Genggam Mercu-Emarcon JV;
Indoor stadium: Ahmad Zaki Sdn Bhd

Mechanical & Electrical Engineers

Main stadium: Public Works Department, Terengganu (Mechanical & Electrical Division);
Indoor stadium: Samudra Consult

Civil & Structural Engineers
Main stadium: AZM Engineers- MA Consult-Protech Consultant consortium Indoor stadium: MECIP (M) Sdn Bhd







p/s : Belum lagi reda pasal Jaya Supermarket, satu lagi pula runtuh...



 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez