Sejak 2-3 hari lepas aku asyik menerima perkhabaran buruk je... macam dejavu.. macam pernah lalui seperti dalam tahun 2001. Mula tu aku terima khabar arwah ayah susuan aku meninggal, tak sampai 2 minggu arwah ayah aku plak pergi... tak sampai 100 hari, ibu susuan aku lak menyusul...Tahun ni.. dari awal tahun aku diberikan ujian yang hebat... ujian ini menguji mental aku. Disebabkan satu perkara yang berlaku di bulan Januari, sehingga kini aku hidup dalam tekanan apatah lagi selepas menerima berita mengenainya pada Jumaat lepas... Rupanya belum selesai.. tapi aku tidak le sampai panik.. Mungkin sebab aku ni jenis berani hadapi ujian...
Sabtu plak diberitakan dari mulut Acik (bibik yang aku dah anggap keluarga), dia terpaksa berhenti sebab majikan asal dia dah renew permit pekerja binaan & dah cop passport sekali. Meleleh air mata aku... aku sayang sangat padanya... (nak taip ni pun air mata aku meleleh lagi)... Dia cakap kat aku, kalau boleh dia nak keje selamanya dengan aku... atas sebab2 dia yang tersendirilah... Pembantu rumah aku ni asalnya keje kontrak buat longkang sekitar Saujana Utama. Aku arif sangat dengan keje dia... kena buat time panas terik untuk pastikan batu tu terikat di antara satu sama lain.. sian dia nanti.. pasti susah.. dah la quite berusia.. Aku plak dah anggap dia macam saudara sendiri...
Orang selalu cakap.. jangan terlalu rapat dengan pembantu rumah nanti dia manja... pijak kepala kita balik. Tapi alhamdulillah.. Acik tak pernah ambil kesempatan... rumah aku pun tak berapa nak ada barangan berharga.. (yang paling berharga pun asetnya - anak2 & komputer). Barang kemas aku ada sket je.. Rumah aku pun cam surau... Balik ni aku nak bincang dengan suami Acik pasal permit tu... Moga2 boleh la dia dilepaskan... insya-Allah. Bukan senang nak dapatkan sorang maid yang baik macam Acik.
Sebenarnya jadi majikan ni pun niat kena betul juga. Masa mula2 aku ambik dia keje tu aku nak cari seseorang yang betul2 boleh jaga anak2 aku dengan baik je. Tak terlintas pasal rumah yang kemas, baju bergosok, baju berbasuh, bila balik makanan dah tersedia ke dan lain-lain. My expectation was and still not high. Tu sebab aku tak pernah marah dia tak gosok baju aku dan tak masak untuk kami sekeluarga. Dia hanya akan masak bila anak aku cakap, "Acik, nak nasik." Tapi bila aku masak biasanya dia akan turut serta. Dia pernah jugak cuba gosok baju aku walau pun aku tak suruh. Kali pertama gosok terus je berlubang baju kurung benang hitam aku tu. Bila dia nak bagitahu tu aku tahu mesti ada something wrong tapi aku rileks je. Prinsip aku senang, aku mesti bersedia dengan 'kehilangan' sesuatu. Aku check sendiri baju tu... ala kat hujung lengan baju. Aku ingat nak potong bhgn tu dua2 pastu nak sambung dengan kain kale hitam.
Kata Acik, dia suka dengan kami i.e. aku, suami dan keluarga yang lain. Aku jenis susah nak marah, anggap aku macam anak dia sendiri. Betul.. aku pun dah anggap dia macam family. Tiada nak beza2 antara 2 negara...
Aku bukan nak bangga tapi bila kita letakkan diri kita rendah, maka kita tidak akan meninggi diri. Taraf bukanlah apa2 pada pandangan-Nya... Satu harapanku, aku mohon Allah s.w.t. memberikan aku kekuatan untuk keluar dari kedua-dua masalah ini... ameennn

4 comments:
bukan senang ek nak dapat majikan dan bibik satu kepala nih. kalau sama2 ngam tu yg sumer keja & masalah settle.
biasanyer yg jadik masalah ni bila expectation terlalu tinggi samada dari majikan atau bibik tu sendiri. ko ni kira beruntung lah dapat bibik yg tak bnyk ragam sbb ko pon tak bnyk ragam hehehe
sabar lah Sue, eh sue dok kat jalan anggerik kan?
kak kc;
saya memang tak suka meragam ni... tapi tak tau la kalo sekali naik angin... so far colleagues pun tak pernah tengok kita naik angin..
kak kenot;
ala... ni mesti tengok gambo tu.. memang la dok kat anggerik.. tak behh arrr takleh jadi vampire lagik :P
so, harap2 problem ko sume dah settle.... sume org akan hadapi dgn mcm2 dugaan... masing2 ade bhgn dia kan... so kite doakan ko tabah dgn sume dugaan tuhan.. ameen
Post a Comment