Thursday, January 3, 2008

Come Back From A 'Holiday'


Dah lama beno aku tak hapdet blog aku ni... almost 5 bulan. Dah bersawang. Kalo rumah kosong dah tentu ada 'penghuni' baru. Sebenonye... dedolu tu aku hapdet time lepas keje. Maklumlah nak guna reta benda co. Tapi sejak aku benti dan jadi suri rumah hangat-hangat taik ayam, semua jadi bantut. Net, snapping photos (uwaaaa... kena return balik ixus tu kat co.).

Prinsip aku mudah, kalo dah tak berniat ikhlas untuk bekerja kerana Allah, baik aku berhenti dari segala perbuatan aku tu jadi sesia. Lagi pun rezeki Allah tu ada di mana-mana. Husband pun tak menghalang untuk aku berhenti. So far, Alhamdulillah Allah tetap tak putuskan rezeki kami. Dan aku masih percaya bahawa kedatangan orang ke-5 dalam keluarga aku ni akan membawa rezeki yang lebih banyak dan melimpah ruah. What? Ada lagi? Expexted delivery date is somewhere around mid of March. Pandai.. pandai... 1st kid June (06), 2nd - Dec (12), 3rd - perhaps March (03)... Alhamdulillah.. kali ni baby ni tak nak tunjuk jantina.. dah nak masuk 7 pun masih sorok-sorok... surprise!!!

Bila tak keje ni ingatkan tak de la lagi pegi vacation memana... Last yang aku hapdet blog ni bulan 8. Hujung bulan 8 tu aku pegi Cameron Highlands lagi 3h2m. Bulan 9 dah puasa... bulan 10 dah sebok dengan raya. Awal bulan 11 ritu pegi Langkawi. 3h2m jugak. Pegi reramai - aku, husband, anak-anak, mak, Awa, Kak Bib, Una, Anis, mak mertua, ayah mertua, atip. Menginap kat Condo Istana. Pegi sana pun sebab nak fulfil hasrat mak aku yang asyik sebut nak ke Langkawi. Ada sorang anak dia lagi selalu pegi Langkawi tak pernah nak ajak dia...

Aku kalo bab orang tua menyebut ni aku tak sampai hati dan aku tak berapa happy kalo aku and husband je pegi jalan-jalan. Ada sekali tu dalam bulan 11 jugak aku pegi Janda Baik, menginap kat chalet semalam RM50 je. Tempat tu best... mengenangkan aku pada arwah nenek aku yang duduk di pinggir hutan di Kedah. Depan rumah dia ada sungai... Rumah dia plak di celah-celah kebun getah yang ditanam dengan pokok buah-buahan - manggis, durian, rambutan. Bila bangun pagi sebijik aje bunyinya...

Bulan 12 lagi sakan.... dari awal bulan sampai ke hujungnya. Weekend pertama ke Pengkalan Hulu. Waida sepupu aku kawen. Next weekendnya menganto mak ke Bayan Lepas sebab nak ke Mekah. Kita orang lepak kat Kompleks Tabung Haji tu sampai midnite. Sedih bila ngenangkan dia pegi sendirian. Tak de teman. Teman mahramnya pun dipilih oleh Tabung Haji. Tapi kena berbalik gak pada fitrah, kita datang ke dunia juga seorang diri.

Actually, we supposed to go to Kedah the next weekend but my husband dah tak larat nak drive jejauh, so we just went to the reception of Dato Ibrahim Yusof's daughter at Shah Alam. The very next week dah raya Haji plak. Sebelah lelaki sepupu aku yang kawen awal bulan tu 23hb. Mula tu memang rasa tak nak pegi dah tapi disebabkan ada a few people were asking whether we'll be going or not, rasa cam serba salah la plak. So lepak pulak kat Batu Pahat 22-23. Mak sedara aku ni sewa semi-d. Satu rumah RM450, ada 9 bilik tido.

Aku rasa Disember 2007 la bulan yang paling meletihkan dalam sejarah jalan-jalan ni. Sampai buatkan aku rasa nak 'cuti' dari pegi jalan-jalan untuk sementara waktu. Tapi kan husband aku dah berazam nak ke Terengganu tahun ni sempena tahun melawat Terengganu. InsyaAllah tiada aral kita orang akan pegi ke sana. Langkawi still on the list... dan ntah ke mana lagi Allah bakal bawak kami pegi.

Still in new year's mood, aku tiada azam. Azam aku adalah azam yang aku renew tiap-tiap hari. Secara duniawinya, aku nak beli a new home, a new ixus/eos, a new car (which is mine!) and of course a new job! Secara ukhrawinya, bio le aku je yang simpan azam tu sendirian....

Oh ye... there's someone has tagged me! Tapi tunggulah... I'll write something about it when I'm free... insyaAllah

1 comments:

Makcik Runner on January 4, 2008 at 8:02 AM said...

sueA!

awat lamanya tak dengaq kabar biter? oh rupa2nyer hang ada baik punye isi...hehe. tatau lak hang dah benti keje. camner pon hang punya prinsip tu manyak bagus laa...

tahniah ek!

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez