Saturday, March 15, 2008

Insomnia?


Arghhh sudah... Sejak PRU12 tu (saya tido pukul 4.30 pg kot) ntah kenapa susah sangat saya nak tido awal... ended up saya mesti ke sini. Satu-satu blog saya selak.. dari rakan-rakan net sampai le ke blog berisi maklumat tentang apa yang berlaku dalam negara. Blog kawan-kawan yang saya mesti bukak dulu bermula seperti berikut:-

1. safe & sound silversarina.
2. Sleepless on the Side.
3. Ada Ada Saje.
4. Surviving Another Night.
4. What I Saw Lately.

Always interesting and amusing! Blog lain tu saya masuk jugak tapi blog-blog di atas akan mendapat keutamaan sebab almost updated every week... (wahhh.. dah kembang la kak KC tu! Hahaha..).

Pastu saya mesti beralih ke blog-blog (berbaur politik?) seperti berikut:-

1. Cakap Tak Serupa Bikin.
2. Kata Tak Nak (selalu buat dialog di antara pemimpin.. dalam kesinisan & gelak ketawaku, terkandung banyak fakta).
3. Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin.
4. rocky's bru.

Kebanyakan owner blog kat atas tu memang berpengalaman luas. Ada yang cikgu, ada bekas editor, ada journalist.

Ada jugak lain-lain blog seperti di atas yang saya suka baca. Setiap maklumat yang saya terima tak kira melalui media arus perdana @ net, akan saya baca dan nilai. Di situ akan saya buat analisa siapa cakap benar, siapa pula yang menipu.

Malam ni saya banyak surf Youtube dan secara tak sengaja pula menonton press conference Yang Berkhidmat Datuk Paduka Hj Husam Musa. Dari satu PC ke satu PC saya tonton. Orangnya cool je.. berkarisma sebagai pemimpin (hensem plak tu.. hehehe!). Malah mungkin boleh menjadi PM suatu hari nanti. Kalau tidak pun sebagai pengganti Tuan Guru Nik Aziz, insyaAllah (karang marah pulak rakyat negeri dengan tulisan saya ni). Antara video yang saya tonton - mengenai isu di Lojing & masjid!

**********************************************************


BIODATA YB. DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA

Tarikh Lahir :
-14 Oktober 1959

Tempat Lahir :
-Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan :
-Sek. Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971)
-Sek. Men. Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975)
-Maktab Sultan Ismail (1976-1979)
-Universiti Malaya (1980-1983)
-Kursus Bahasa Arab, Jordan (1987)

Profesyen Dahulu :
-Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993)
-Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999)

Pengalaman Di Dalam Parti :
-Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987)
-Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999)
-Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999)

Jawatan Di Dalam Parti :
-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
-YDP PAS Kawasan Kubang Kerian
-Sekarang -Naib Presiden PAS (2005-09)

Jawatan Di Luar Parti :
-Ahli Parlimen Kubang Kerian. (1999-04)
-Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim.
-ADUN Kijang, Kelantan Darul Naim
-Panel Penasihat PENGASIH

**********************************************************

Portal komuniti tempat tinggal saya juga tidak ketinggalan dalam senarai - Saujana Utama (now you know where I live!). Portal ni agak aktif dengan segala macam thread dan komentar dari penduduk-penduduknya.

To be honest, cuma dua orang je yang pernah bersemuka dengan saya alive! Itu pun kena ambush masa malam merdeka tahun lepas... tiba-tiba je deme tercongok di depan rumah yang pintu pagarnya terbuka. Adusss.. pecah rahsia..

Wednesday, March 12, 2008

Bernafas Dalam Lumpur


Bernafas Dalam Lumpur nanyian Wings.

BERNAFAS DALAM LUMPUR

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

(korus)
Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan



Lagu ni mengingatkan aku pada PRU12 & jugak tempat keje aku yang lepas. Saja nak share beberapa pengalaman semasa bekerja di dalam syarikat pemaju sehingga aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Q3 tahun lepas - 2007. Aku amat sayangkan keje aku tu akan tetapi ada beberapa perkara yang amat tidak menyenangkan hati aku ni. Kegundahan itu aku terjemahkan kepada perletakan jawatan aku walau pun jawapan yang diberikan tidak bersangkutan langsung dengan alasan aku berhenti keje.

1. Syarikat A Sdn Bhd

Satu ketika bersama IO, MD syarikat A Sdn Bhd.

"Apalah MB ni.. tanah 11 ekar pun nak mintak RM1.5mil. 3 exco lagi masing-masing mintak RM1mil. Pening saya dibuatnya"

Masa tu aku tak faham apa-apa lagi. Maklum saja.. baru je dapat keje. Keje pertama. So aku tak take port langsung dengan apa yang dikatakan oleh IO tu.

Projek ni terletak di lubuk emas juga. Di PJ. Bersebelahan dengan SPRINT, dekat dengan Tol NKVE Exit Damansara. Aku pun dapat beli satu rumah low cost kat situ sebab ditawarkan oleh bos. Scheme dia amat menarik. Ambik loan dengan Ambank, bayar cuma RM1!

Projek ni jadi sensasi juga sebab melibatkan setinggan namun akhirnya ada LAD. Aku AKAN dapat dalam RM7k sebab lewat deliver setahun lebih kot. Sampai la ni masih belum ada permanent CF (mungkin sebab x-bos aku tak lobi MBPJ kot. Ongkos pun selalu short dalam syarikat yang nyawa-nyawa ikan ni. Silap menguruskan kewangan!).

Aku pernah ikut serta dalam mesyuarat teknikal di MBSA. Meeting tu sat je, pastu bergegas ke tapak projek dengan wakil pegawai perancangnya. Lepas tu sesi ampu - makan tengahari. Yang bayar dah sah la consultant. Dalam dok sembang kat restoran tu bleh plak pegawai perempuan ni tadi tanya:-

"Dengar cite syarikat U ada buat projek low cost kat PJ, betul ke?"

"Betul la tu," jawab saya.

"Cakap kat boss saya nak beberapa bijik (sebelum saya bawak plan korang & luluskannya), boleh ke?"

"Tu kena runding dengan bos ler, puan. I'm not in power to decide," jawab aku.

Lepas tu aku dah tak tahu apa jadi. Ntah bos entertain ke idak dia orang ni. Sehingga ke hari ni aku tak tahu sama ada projek tu dah lulus ke belum peringkat planningnya. Projek tu pulak bakal dibuat di Seksyen U10 yang penuh dengan kontroversi menggondol tanah (sama macam kat Lojing. Jeng jeng jeng.. pandang negeri sendiri dulu la wei).



2. Syarikat Gergasi B Berhad

Kat sini banyak sangat aku nampak benda yang kelabu malah haru-biru. Kebanyakannya melibatkan PBT yang mana isunya pernah disentuh oleh Bekas Yang Berkhidmat PPP - Dato' Kayveas. PBTnya tidak bertaraf Majlis Bandaraya tapi yang ragu dan samar tu banyak kali terpaksa dihadapi terutamanya ketika menjelang hari raya, menjelang mendapatkan CF rumah, menjelang dapatkan clearances. Tak kira local authorities yang mana hatta yang mengeluarkan pekeliling jangan ambil rasuah sekali pun:-

- Ada yang dapat green packet (termasuklah juga kerani-kerani).
- Ada yang dapat hampers.
- Ada yang dapat kurma.
- Ada yang dapat makan besar (terutamanya majlis berbuka puasa).
- Ada yang dapat 'on' the table directly (semata-mata nak endorse Borang E/dapat CF).

Bila CNY pulak, kontraktor plak suap kita. Buah limau, angpow, makan-makan. You scratch my back, I scratch yours! Itu motto dia orang la. Apa yang depa nak bayaran untuk stage payment disiapkan segera untuk bayar gaji/bonus pekerja mereka sebelum CNY.

Ada jugak a few managers yang ambil kesempatan atas kejahilan highest management. Buat contract tipu. Kerja tak wujud di site tapi siap ada BQ dari kontraktor & tiada verifications pun dari RE. Satu-satu contract yang hitam legam ni bukannya murah-murah. Dalam RM500k ada kot. Bila cheque dah clear di akaun kontraktor tu, these guys akan kaotim untuk kontraktor tu release duit tu kepada beberapa bahagian yang telah dipersetujui & bahagikan sesama mereka.

Bukan takat tu, these guys manipulated the provisional items/PC/contingency sum section in the BQ. Konon mintak komputer untuk set up kat pejabat kontraktor (padahal pejabat kontraktor utama hanya 1. Berapa kali mau beli komputer maaa?) tapi duit tu depa bleh redeem kat kontraktor buat beli benda lain. Manipulasi lain turut terdapat dalam chapter lain dalam BQ. Aku bagi contoh jika satu-satu projek ada buat sub-structure i.e. piling, claim 10 batang yang dibuat hanya 5 batang. Maka tak heran sangat kalo setiap kali kontraktor dapat claim, kami pasti dibelanjanya. Ada this one time aku dapat cash RM250 for no reason from a contractor!

Aku memang sayang benar dengan keje aku tu... tapi apa nak buat... lagi pun rezeki tu Allah s.w.t. beri. Benda-benda lain telah mewujudkan gundah gulana dalam hati aku ni. Dari tak ikhlas baik aku berhenti. Dari dok asyik bernafas dalam lumpur yang kelabu hitam legam, baik aku nikmati 'kebebasan' ini sepuasnya... dari aku bergelumang dalam lumpur baik aku mandi kat kolam renang/air terjun.. lagi best...

Itu baru di peringkat pemaju..... isk! Lepas ni sah ada pihak yang tak senang duduk, tak lena tido dah..

(One thing I learnt, though 'bernafas dalam lumpur', I learnt to make my choice wisely!)

Tuesday, March 11, 2008

PRU12 - Harapan Aku


Entah kenapa malam ni tak dapat nak lelap awal... sama je macam malam aku menanti keputusan PRU12 dengan suami tempohari. Aku berjaga malam tu sampai ke pagi, sampai ke akhir ulasan tentang PRU12 di TV1 selepas abih tonton kat TV3(aku ni kampung sket, kat rumah pun takde Astro.. apatah lagi kat Sg Besar sebab masa tu kat Sg Besar. Bagi aku.. langgan Astro ni sama macam tambah duit kat kroni). Aku tertunggu-tunggu keputusan Selangor & Perak yang sampai ke sudah jadi misteri bagi orang yang tengok tv macam aku ni... laksana macam tengok bola atau tenis. Tenis pun paling lama pernah aku tunggu 3 jam.

Aku syak BN tumbang dengan hebat macam Domino sebab ikutkan sejarah pilihanraya yang lepas.. pukul 11-12 malam dah siap keluar kek kaler biru. Dah bising2 satu dewan... ni tidak.. senyap je... Keputusan paling aku tunggu ialah kat Parlimen Pt Buntar (PB) yang keluar resultnya cukup lewat. Alhamdulillah... Mana Selangor ni? Aduhai...

Sorot balik tahun 1998-99... masa tu sentimen kes DSAI cukup hebat di kalangan warga IPT macam aku ni. Aku bawak flyers dalam case.. sebar kat kawan2, sebar kat sesiapa saja. Aku bukannya grassroot DSAI tapi jika seorang Muslim ditumbangkan sebegitu rupa oleh yang dikatakan Muslim yang lainnya, aku start tak sedap hati. Bagi aku zalim sangat.. belum tentu DSAI salah lagi.. dan pada akhirnya dia dibebaskan tanpa apa-apa tuduhan... Dia dimalukan to the ground.. dan lebih pelik lagi awat yang bini dia dok support dia sedangkan ikut logik.. dia kan orang tohmah 'gay' (la ni.. fitnah kata ejen Yahudi plak... pi cari makan jadi lecturer kat luar negara pun susah.. hish tak paham). Ada jugak yang kata BLR masa dia jadik Finance Minister naik sampai 14%.. salahkan dia lagik! Padahal 9 tahun dia jadik FM.. korang yang bercakap-cakap tu belum tentu layak nak pegang jawatan tu sebegitu lama & berkesan. Bila kat luar parti semua orang kata negatif aje.. masa kat dalam ampu macam nak rak... Inilah yang dikatakan menghentam peribadi seseorang... at least dia dapat bahagian dia di dunia.. yang kita ni plak macamana?

Mak siap pesan, "Jangan sampai kena tangkap udah la". Aku terbabit sama dalam sejarah negara pada tahun tu bila julung2 kalinya Parlimen PB dapat ditakluki oleh PAS. Dan buat julung2 kali jugak Tuan Guru Hj Nik Aziz ke sana, berceramah bersama Saudara Zaharuddin yang semasa itu masih menjadi presiden Gamis. Aku berulang-alik ke markas PAS PB hampir setiap hari dan aku menyaksikan sendiri bagaimana PDRM begitu sporting di setiap ceramah yang diadakan di Dataran Purnama.

Aku juga menyertai hari penamaan calon dan berada di kelompok pelajar UIA yang terlibat secara 'illegal' sebab tuang kelas... Pada hari itulah satu incident telah berlaku yang telah menyebabkan SPR akhirnya menjadikan pertandingan 3 penjuru di antara BN-PKR-PAS padahal PAS tidak masuk bertanding di DUN Kuala Kurau. Aku pun pelik macamana kesilapan itu boleh dibuat oleh SPR. Kertas undi meletakkan 3 calon tu sekaligus sedangkan PKR & PAS telah berpakat bertanding 1 lawan 1. Oleh kerana kekeliruan di kertas undi itulah memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di DUN berkenaan. Jika ditambah kedua-dua undi, nescaya kemenangan berpihak kepada BA. Aku bukannya tak redha tapi kat sini nyata benar ketidakberkesanannya SPR ni. Mula dari tu aku dah start ragu dengannya. Tak pulak jadi huru-hara bila BA menang di sana...

Tahun 2004 aku dah tak join aktif kat sana sebab aku dah pun hijrah ke USJ. Baru kawen. Aku tak pasti sangat apa yang berlaku tapi aku masih mengikuti perkembangan politik di tempat lahir. Pengundi di Parit Buntar bagi aku sangat unik dan kompleks, bukan setakat di peringkat muda-mudinya tapi juga warga seniornya.. Keupayaan mereka berfikir dan menganalisis sendiri isu-isu semasa tu begitu ketara. Tahun 2004 tu Parlimen PB ni dapat balik ke BN. Diceritakan sendiri oleh abang iparku yang jadi kontraktor telekom ketika dia sedang memasang wayar untuk kegunaan Puteri/Wanita UMNO di satu rumah sewaan mereka, dia mendengar dan melihat bahawa beberapa orang wanita sedang berbicara:-

"Korang pangkah je banyak-banyak"

Kalau yang bagitahu aku ni orang lain dah tentu aku tak percaya tapi ini abang ipar sendiri.. atas pengalaman dia sendiri.. takkan pulak dia nak tipu... kalo tipu pun apa dia dapat?

Pemerhatian aku... pengundi Melayu di sanalah penyumbang terbesar undi ke parti alternatif (dah muak dengar perkataan pembangkang... bagi aku semo orang sama je) sejak dari tahun 1999 tu.. malah kata mak aku yang dulunya ahli UMNO.. dia sebenarnya dah berubah arah sejak 20 tahun yang lalu.. betapa celiknya mata/hati mak aku... dan aku hanya gelak je bila mak cite lagi yang arwah ayah suka pangkah dua-dua.. bukan sebab dia tak tahu memilih.. tapi sebab tak nak pilih.. saja seronok-seronok join proses mengundi tu sebab dapat berkumpul dan pergi dengan kawan-kawan dia agaknya...

Keadaan tu sebenarnya berlarutan sehingga sekarang... PENGUNDI MELAYU dah lama hilang sabar dengan BN! Pengundi bangsa lain di sana juga sangat supportive dan responsive dalam menilai isu-isu semasa. Di sana boleh lihat ketiga-tiga bangsa utama di Malaysia ini bersatu sebagaimana bersatunya pakatan BA pada pilihanraya kali ini. Kain-kain rentang kaler hijau turut dinaikkan merentasi bumbung kedai orang Cina. Siap dengan kata-kata dalam bahasa mereka sendiri.

***********************************************


Aku just nak nyatakan apa harapan aku pada pemerintah ni:-

1. Aku tak nak segala projek mega ni...

2. Aku nak media arus perdana lebih neutral. Tak 'bias'. Lagi pun time aku taip benda ni.. Zainuddin Maidin pun dah kalah... jadi korang nak takut pada siapa? Pak Lah? Kalo nampak ciri bongkak & 'bias' lagi aku rasa abih la BN 4-5 tahun akan datang. Tadi masa Buletin 1.30 pun aku tengok masih ada klip-klip pendek yang bikin aku menyampah i.e. ucapan Pak Lah kat depan penyokong yang tak sampai 100 orang kat kediaman dia tu.. (pssstt... cuba tengok angka pengundi di tempat parti alternatif. Tambah secara keseluruhannya dan bayangkan mereka berada di Putrajaya!).

3. Aku tak nak tengok kempen BN di TV lagi.. doesn't work well for me.. pastu ngabihkan duit je.. especially yang iklan tu. Duit ni gi salur kat rakyat pun bagus.. Salur kat JAIS/Baitulmal lagi bagus...

4. Aku nak BN lebih menghormati pihak lain.. lebih humble, lebih mesra rakyat (bukan hanya 'mesra' di Parlimen/'mesra' di majlis-majlis grand yang tidak disertai rakyat). Kalo boleh bekerjasama dengan 'pihak lain' untuk membentuk sebuah negara yang 'dacing'nya setara. Perkataan-perkataan beracun seperti 'pembangkang' perlu dihindarkan. Gantikan dengan perkataan lain yang lebih friendly seperti parti penegur/parti alternatif. Sebab yang menggerakkan parti-parti ini semuanya manusia juga.. dan di antaranya ada juga yang Muslim seperti Pak Lah...

5. Janganlah asyik bagi fakta yang salah lagi. Tolong jangan menipu. Transparency is important. Tak sampai berapa hari BA menang di Perak tu dah start nak lagakan PAS-DAP. Aduhh.. wat le homework dulu... apa yang wakil DAP tu cakap, apa yang PAS cakap.. jangan la asyik nak sensasikan berita. Wat le rujukan at least rujuk undang-undang dulu...

6. Moga Pak Lah dan pemimpin-pemimpin respons soalan media/rakyat dengan lebih berhemah dan professional. Jangan cuba buat tak paham/lari dari topik. Ia menunjukkan betapa anda sebenarnya tidak berkarisma sebagai pemimpin.

7. Berucap/berceramah jangan menjerit-jerit bleh tak? Cuba tenang je walau pun teruja/diuji. Be gentleman... just like Dr Koh Tsu Koon.. Kan handed over kerajaan negeri dengan baik kepada DAP..

8. Moga SPR terus telus di pilihanraya-pilihanraya akan datang and be professional.


Selamat menjalankan tugas kepada semua Yang Berkhidmat. Jangan leka. Dengarlah suara rakyat marhaen. Kedudukan dan pangkat itu amanat yang berat tanggungannya terutamanya di Akhirat negeri abadi. Itulah sebabnya ramai sahabat menolak dari menjadi ketua. Memang seronok di sini tapi amat menderita di sana... Tiada lagi rumah besar, gaji besar, kereta besar... yang terpukul di dunia ni pun terasa sedih di hati sampai tak mampu keluar 'istana', inikan lagi di sana...


Aku harap dan berdoa lagi moga-moga semua pihak terus diberikan hidayah oleh Yang Maha Esa hendaknya. Belajarlah dari kesilapan.. moga terus diampunkan-Nya.. moga BA juga dibimbing Allah... (siaplah korang kalo seleweng & tidak berada di atas landasan yang betul).

Learn from mistakes, pleassseeeee....
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez