Saturday, March 15, 2008

Insomnia?


Arghhh sudah... Sejak PRU12 tu (saya tido pukul 4.30 pg kot) ntah kenapa susah sangat saya nak tido awal... ended up saya mesti ke sini. Satu-satu blog saya selak.. dari rakan-rakan net sampai le ke blog berisi maklumat tentang apa yang berlaku dalam negara. Blog kawan-kawan yang saya mesti bukak dulu bermula seperti berikut:-

1. safe & sound silversarina.
2. Sleepless on the Side.
3. Ada Ada Saje.
4. Surviving Another Night.
4. What I Saw Lately.

Always interesting and amusing! Blog lain tu saya masuk jugak tapi blog-blog di atas akan mendapat keutamaan sebab almost updated every week... (wahhh.. dah kembang la kak KC tu! Hahaha..).

Pastu saya mesti beralih ke blog-blog (berbaur politik?) seperti berikut:-

1. Cakap Tak Serupa Bikin.
2. Kata Tak Nak (selalu buat dialog di antara pemimpin.. dalam kesinisan & gelak ketawaku, terkandung banyak fakta).
3. Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin.
4. rocky's bru.

Kebanyakan owner blog kat atas tu memang berpengalaman luas. Ada yang cikgu, ada bekas editor, ada journalist.

Ada jugak lain-lain blog seperti di atas yang saya suka baca. Setiap maklumat yang saya terima tak kira melalui media arus perdana @ net, akan saya baca dan nilai. Di situ akan saya buat analisa siapa cakap benar, siapa pula yang menipu.

Malam ni saya banyak surf Youtube dan secara tak sengaja pula menonton press conference Yang Berkhidmat Datuk Paduka Hj Husam Musa. Dari satu PC ke satu PC saya tonton. Orangnya cool je.. berkarisma sebagai pemimpin (hensem plak tu.. hehehe!). Malah mungkin boleh menjadi PM suatu hari nanti. Kalau tidak pun sebagai pengganti Tuan Guru Nik Aziz, insyaAllah (karang marah pulak rakyat negeri dengan tulisan saya ni). Antara video yang saya tonton - mengenai isu di Lojing & masjid!

**********************************************************


BIODATA YB. DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA

Tarikh Lahir :
-14 Oktober 1959

Tempat Lahir :
-Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan :
-Sek. Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971)
-Sek. Men. Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975)
-Maktab Sultan Ismail (1976-1979)
-Universiti Malaya (1980-1983)
-Kursus Bahasa Arab, Jordan (1987)

Profesyen Dahulu :
-Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993)
-Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999)

Pengalaman Di Dalam Parti :
-Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987)
-Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999)
-Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999)

Jawatan Di Dalam Parti :
-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
-YDP PAS Kawasan Kubang Kerian
-Sekarang -Naib Presiden PAS (2005-09)

Jawatan Di Luar Parti :
-Ahli Parlimen Kubang Kerian. (1999-04)
-Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim.
-ADUN Kijang, Kelantan Darul Naim
-Panel Penasihat PENGASIH

**********************************************************

Portal komuniti tempat tinggal saya juga tidak ketinggalan dalam senarai - Saujana Utama (now you know where I live!). Portal ni agak aktif dengan segala macam thread dan komentar dari penduduk-penduduknya.

To be honest, cuma dua orang je yang pernah bersemuka dengan saya alive! Itu pun kena ambush masa malam merdeka tahun lepas... tiba-tiba je deme tercongok di depan rumah yang pintu pagarnya terbuka. Adusss.. pecah rahsia..

9 comments:

Makcik Runner on March 17, 2008 at 9:43 AM said...

tak mention pun badan kak kicap mmg dah kembang semangkuk heheh. pasni gamaknya lagi glamerlah kak kicap ek..

citer ambush tu mmg kelakor lah. ingatkan duk jauh rupa2nya dekat jer weh!

Ms. Angry on March 18, 2008 at 10:34 AM said...

Suealeen,
Baru je abis aca kisah anak kecil u. I am deep sorry. I hope she's getting so much better now. When will she be out of hosp?

**u are one strong woman. Salute!

Ms. Angry on March 18, 2008 at 10:37 AM said...

Hey! u live at SU? I live at DC! dekay je yek?

Anonymous said...

sue..kak iza dah lama tak masuk blog sue... terharu dgr kisah syafiah dan kegigihan mamanya...betul kata sue.Allah itu Penjaga yang Maha Penyanyang.Kita hambaNya kena redha dan kuat.

silversarina on March 19, 2008 at 9:45 AM said...

KC dah kembang, akak pulak tutup muka dengan tisu lap hidung... hahaha.

akak pun admire Datuk Husam Musa, he is very smart dan matang dalam tindakannya and hensem jugak :)

Sue.Aleen on March 19, 2008 at 10:35 PM said...

>>> kak kc :
semangkuk je? mana cukup laa... :P

hubby kita kata kat kak laila (TomTomBak) kita orang tinggal kat puncak perdana... betul la. pernah tinggal kat sana apa...

tu keje kakak dua orang tu lerr... katanya nak bako keta kalo tak kuo dari rumah..huhu.. ganehhh..





>>> kak intan :
tak tau lagi dapat kuo bila. ikutnya kalo baby norm tak de komplikasi time ni dah leh kuo dah... kak intan pun apa kurangnya.. though i dunno the whole story, but i know that you've lost one before..

jom la jumpak kat rumah kak iza tu..

Sue.Aleen on March 19, 2008 at 10:39 PM said...

>>> kak iza :
welcome back.. and thanks for dropping by. btw, kak iza punya tag kita dah bayar tauuu...

bila nak wat house warming ni?





>>> kak rina :
toksah le tutup dengan tisu lap hidung.. dah lap pastu tutup muka.. nampak tu punya banyak hingus.. :P

kita tengok husam musa tu best je berdebat dalam parlimen. sorang pun tak mencelah masa dia berucap.. very smart and 'smart' indeed!

Ms. Angry on March 20, 2008 at 11:47 AM said...

Suealeen, why u keep calling me 'kak'? Rasanya kita macam sebaya aje. I'm 30. :)

Sue.Aleen on March 21, 2008 at 12:34 AM said...

>>> intan:
sebab perasan muda.. hikhikhik.. biasalah tu.. kalo kita tak kenal orang sangat semo orang kita tibai kakak... and another reason maybe.. kita panggil kawan u tu 'kakak'. anyway, sorry le kalo tak comfortable... maapkan kami...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez