Antara yang paling saya ingati adalah apabila di semester ke 4 saya perlu menjalani latihan praktikal sepanjang semester. Saya memilih untuk praktikal di Klang. Sebelum semester ke 3 tu berakhir, abang Johan seperti biasa datang ambil barang-barang saya sebelum cuti. Memang begitulah rutinnya… awal semester pindah masuk, hujung semester pindah keluar.
Abang Johan ni sekali pandang nampak macam dah berusia sangat sebab dia beruban sehinggakan pak guard pernah tersalah sangka yang dia ke asrama tu untuk ambil anak dia!
Saya hanya sempat tinggal di asrama selama 3 semester. Maklumlah dulu-dulu tak de la aktif dengan aktiviti asrama, tu sebab kena hambat cepat. Setiap kali angkut barang pindah je mesti pergi rumah abang Johan yang terletak di Kampung Jawa.
Untuk tidak membebankan dia, saya ambil keputusan untuk ke tempat kerja sendiri. Mula tu saya naik bas. Tukar bas 2 kali, berasak-asak dengan lelaki berkulit gelap je memanjang. Maklumlah… dah nama pun Klang.

Gambar sekadar hiasan
Saya ambil keputusan untuk membeli sebuah BASIKAL selepas seminggu bekerja untuk merempit ke tempat kerja!
Dengan basikal itu saya berulang-alik tiap hari dari Kg Jawa-Pekan Lama Klang (Little India)-Pekan Klang-kemudian melalui Bulatan 100 (sesak memanjang) lalu ke Taman Eng Ann. Kalau hujan, saya akan stayed back di pejabat sementara menunggu hujan reda. Dengan basikal itu jugalah saya merempit ke Klang Parade. Saya masih mengamalkan berbasikal hingga ke hari ini.. (tapi tak la sampai ke One Utama pun naik basikal!).
Dan saya mendengar lagu-lagu kat atas tu sepanjang saya kayuh basikal. ‘Lelaki berjalan’ saya letak kat dalam bakul depan. Mood saya asyik nak dengar lagu klasikal je memanjang… kadang-kadang rasa macam nak menari.. tapi yang biasanya kepala saya je yang selalu meliuk-liuk terutamanya kalau dengar muzik dari Strauss. Selalu bayang taman-taman di oversea je atau suasana di ballroom atau terkadang jadi ‘konduktor’ muzik dengan sendirinya… Kadang-kadang terbayang gak kartun Mickey Mouse.. huhu.
Hilang akal apa nak menari atas basikal!
*lelaki berjalan = walkman..

4 comments:
sama je kenangan lama dengan walkman masa anak dara, bila kawin habis semua hubby suruh hentikan habit tu, yelah akak dengar lagu siap bergoyang badan ... lagu klasik memang tak mainlah, tak pandai nak hayati ..hehehe.
firstly, alhamdulillah buat adik syafiah di atas perkembangan terbarunya. moga2 adik syafiah terus berjuang.
kak kicap sampai la ni kalau nak ke kedai acheh nek beskal. cool apa. sambil beli barang dapur sambil eksersaiz 10 minit! jadi arr...
heheheh..
teringat masa kat itm sah alam dulu..
kenangan zaman lampau...
cuma sekarang ni sangat lama tidak berbasikal..
>>> kak rina:
kita dengan hubby 2x5 je.. tapi dia tak main le walkman ni.. dia kalo ada kesempatan karaoke free jalan je.. especially masa co. dia buat family day. just for fun...
>>> kak kc:
kalo tak, hari ni saya dah pun balik dengan syafiah tapi doktor suggest buat further examination. so we did. apa2 hal pun biarlah di hospital. sesungguhnya saya cukup kagum dengan semangat si kecil itu untuk berjuang.
berbasikal ni memang bagus untuk kesihatan. lagi satu perkara yang saya suka buat - berjalan kaki.
>>> mohd herizat:
thanks for dropping by, my senior :).
macam nak kembali je kan ke zaman itu... hari2 dah rasa makin berusia la pulak..
Post a Comment