77 hari yang lalu saya melahirkan Syafiah pada waktu Subuh lebih kurang dalam pukul 5.05 pagi. Baru tadi diberitakan oleh suami melalui panggilan telefon bahawa Syafiah boleh discharge hari ini, hari Isnin juga, selepas selesai menjalani ROP screening pada sebelah petang.
Banyak perkara penting berlaku pada hari Isnin, termasuk hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., hari kelahiran saya sendiri dan juga hari kembalinya insan yang saya sayangi ke rahmatullah - arwah ayah. Jika Syafiah lahir pada pukul 5.05 pagi, saya dilahirkan oleh mak di rumah pada pukul 4.10 pagi pada zaman yang tiada bekalan elektrik. Dengan hanya ditemani bidan kampung dan pelita minyak tanah.
Tak sabar rasanya nak ke hospital untuk membawa dia pulang.
Owh... Allah s.w.t. Maha Mendengar rintihan kami... amat HEBAT kuasa-Nya.. alhamdulillah.. Moga Dia terus menambahkan iman ini.. ameenn
Nanti nak bincang dengan suami cara paling afdal untuk kami menzahirkan kesyukuran kami kepada Allah s.w.t.
Nanti nak bincang dengan suami cara paling afdal untuk kami menzahirkan kesyukuran kami kepada Allah s.w.t.
***************************************************
Update:
Kami tiba di rumah sekitar pukul 8.30 malam. Mak, Awa & anak-anak saya setia menunggu di rumah. Next appointment 020408 - weigh & COH measurement, ROP screening = 140408. Ni la wajah terbaru Syafiah.

16 comments:
Syukur alhamdulillah...semoga dipermudahkan segala urusan
>>> jie :
alhamdulillah tadi dah dibawa pulang ke rumah.. tuh tengah syok membuta kat atas katil.. :P
Tajuk blog esok dijangka "Hari Selasa yang Indah"
Alhamdulillah. You wish came true. :)
alhamdullillah...syafiah dah balik rumah....saya turut gembira dgn perkabaran ini
>>> sebol :
tiada terjangka 'selasa yang indah' sebab takde aktiviti menarik nak dikongsi.. :O
anyway, thanks for dropping by
>>> intan :
alhamdulillah dah reunion balik
>>> kak iza :
alhamdulillah... gembira sebab rasa macam dah lama tunggu dia balik. graduate dia akhirnya... :)
alhamdulillah, that is really good news! tiada lain yg lebih erti dari mendakap anak kecil di tangan sambil mendodoi ia tidur....
syafiah rawks!
>>> kak kc :
yep.. agree with u.. sampai kadang2 sakit belakang.. :)..
alhamdulillah dah balik rumah si comel kecil tu..akak pulak yang excited... geram tengok dia tido tu..
InsyaAllah akak didoakan semuanya okay.Amin.
>>> kak rina :
i guess we both know the feelings... thanks.. alhamdulillah
wah dah besar..i guess dah pass 2 kilos rite? .. good to hear that she is better.....
>>> jingga studies :
yep... dia dah besar.. 2.625kg as per yesterday..
Suealeen :o)
Tahniah! Syafiah's home now :o) Alhamdulillah :o)
>>> syana :
tu la syukur sangat-sangat.. alhamdulillah
Syafiah dah ada kat rumah ya ? Alhamdulillah...
so bila kitaorg boleh buat sesi terjah menerjah ?
hehehehe...
>>> cikliah :
nak terjah ye.. datang ler tapi jgn terkezut lak rumah selerak.. rumah orang bujang jer...
Post a Comment