Wednesday, March 12, 2008

Bernafas Dalam Lumpur


Bernafas Dalam Lumpur nanyian Wings.

BERNAFAS DALAM LUMPUR

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

(korus)
Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan



Lagu ni mengingatkan aku pada PRU12 & jugak tempat keje aku yang lepas. Saja nak share beberapa pengalaman semasa bekerja di dalam syarikat pemaju sehingga aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Q3 tahun lepas - 2007. Aku amat sayangkan keje aku tu akan tetapi ada beberapa perkara yang amat tidak menyenangkan hati aku ni. Kegundahan itu aku terjemahkan kepada perletakan jawatan aku walau pun jawapan yang diberikan tidak bersangkutan langsung dengan alasan aku berhenti keje.

1. Syarikat A Sdn Bhd

Satu ketika bersama IO, MD syarikat A Sdn Bhd.

"Apalah MB ni.. tanah 11 ekar pun nak mintak RM1.5mil. 3 exco lagi masing-masing mintak RM1mil. Pening saya dibuatnya"

Masa tu aku tak faham apa-apa lagi. Maklum saja.. baru je dapat keje. Keje pertama. So aku tak take port langsung dengan apa yang dikatakan oleh IO tu.

Projek ni terletak di lubuk emas juga. Di PJ. Bersebelahan dengan SPRINT, dekat dengan Tol NKVE Exit Damansara. Aku pun dapat beli satu rumah low cost kat situ sebab ditawarkan oleh bos. Scheme dia amat menarik. Ambik loan dengan Ambank, bayar cuma RM1!

Projek ni jadi sensasi juga sebab melibatkan setinggan namun akhirnya ada LAD. Aku AKAN dapat dalam RM7k sebab lewat deliver setahun lebih kot. Sampai la ni masih belum ada permanent CF (mungkin sebab x-bos aku tak lobi MBPJ kot. Ongkos pun selalu short dalam syarikat yang nyawa-nyawa ikan ni. Silap menguruskan kewangan!).

Aku pernah ikut serta dalam mesyuarat teknikal di MBSA. Meeting tu sat je, pastu bergegas ke tapak projek dengan wakil pegawai perancangnya. Lepas tu sesi ampu - makan tengahari. Yang bayar dah sah la consultant. Dalam dok sembang kat restoran tu bleh plak pegawai perempuan ni tadi tanya:-

"Dengar cite syarikat U ada buat projek low cost kat PJ, betul ke?"

"Betul la tu," jawab saya.

"Cakap kat boss saya nak beberapa bijik (sebelum saya bawak plan korang & luluskannya), boleh ke?"

"Tu kena runding dengan bos ler, puan. I'm not in power to decide," jawab aku.

Lepas tu aku dah tak tahu apa jadi. Ntah bos entertain ke idak dia orang ni. Sehingga ke hari ni aku tak tahu sama ada projek tu dah lulus ke belum peringkat planningnya. Projek tu pulak bakal dibuat di Seksyen U10 yang penuh dengan kontroversi menggondol tanah (sama macam kat Lojing. Jeng jeng jeng.. pandang negeri sendiri dulu la wei).



2. Syarikat Gergasi B Berhad

Kat sini banyak sangat aku nampak benda yang kelabu malah haru-biru. Kebanyakannya melibatkan PBT yang mana isunya pernah disentuh oleh Bekas Yang Berkhidmat PPP - Dato' Kayveas. PBTnya tidak bertaraf Majlis Bandaraya tapi yang ragu dan samar tu banyak kali terpaksa dihadapi terutamanya ketika menjelang hari raya, menjelang mendapatkan CF rumah, menjelang dapatkan clearances. Tak kira local authorities yang mana hatta yang mengeluarkan pekeliling jangan ambil rasuah sekali pun:-

- Ada yang dapat green packet (termasuklah juga kerani-kerani).
- Ada yang dapat hampers.
- Ada yang dapat kurma.
- Ada yang dapat makan besar (terutamanya majlis berbuka puasa).
- Ada yang dapat 'on' the table directly (semata-mata nak endorse Borang E/dapat CF).

Bila CNY pulak, kontraktor plak suap kita. Buah limau, angpow, makan-makan. You scratch my back, I scratch yours! Itu motto dia orang la. Apa yang depa nak bayaran untuk stage payment disiapkan segera untuk bayar gaji/bonus pekerja mereka sebelum CNY.

Ada jugak a few managers yang ambil kesempatan atas kejahilan highest management. Buat contract tipu. Kerja tak wujud di site tapi siap ada BQ dari kontraktor & tiada verifications pun dari RE. Satu-satu contract yang hitam legam ni bukannya murah-murah. Dalam RM500k ada kot. Bila cheque dah clear di akaun kontraktor tu, these guys akan kaotim untuk kontraktor tu release duit tu kepada beberapa bahagian yang telah dipersetujui & bahagikan sesama mereka.

Bukan takat tu, these guys manipulated the provisional items/PC/contingency sum section in the BQ. Konon mintak komputer untuk set up kat pejabat kontraktor (padahal pejabat kontraktor utama hanya 1. Berapa kali mau beli komputer maaa?) tapi duit tu depa bleh redeem kat kontraktor buat beli benda lain. Manipulasi lain turut terdapat dalam chapter lain dalam BQ. Aku bagi contoh jika satu-satu projek ada buat sub-structure i.e. piling, claim 10 batang yang dibuat hanya 5 batang. Maka tak heran sangat kalo setiap kali kontraktor dapat claim, kami pasti dibelanjanya. Ada this one time aku dapat cash RM250 for no reason from a contractor!

Aku memang sayang benar dengan keje aku tu... tapi apa nak buat... lagi pun rezeki tu Allah s.w.t. beri. Benda-benda lain telah mewujudkan gundah gulana dalam hati aku ni. Dari tak ikhlas baik aku berhenti. Dari dok asyik bernafas dalam lumpur yang kelabu hitam legam, baik aku nikmati 'kebebasan' ini sepuasnya... dari aku bergelumang dalam lumpur baik aku mandi kat kolam renang/air terjun.. lagi best...

Itu baru di peringkat pemaju..... isk! Lepas ni sah ada pihak yang tak senang duduk, tak lena tido dah..

(One thing I learnt, though 'bernafas dalam lumpur', I learnt to make my choice wisely!)

3 comments:

silversarina on March 14, 2008 at 9:21 AM said...

alhamdulillah walaupun you pernah terlibat dalam pelbagai projek company namun Allah masih memberi ruang untuk you bernafas dari udara yang masih segar ... iktibar buat semua agar insaf...

Makcik Runner on March 14, 2008 at 9:58 AM said...

kalaulah semua pekerja2 awam/swasta di mesia ni mempunyai prinsip dan etika kerja cam u kan bagus. rasuah jugalah yg melemahkan, melalaikan dan menjerumuskan orang melayu ke lembah paling hina. isnt it any wonder keruntuhan akhlak yg berlaku kat remaja2 melayu sekarang akibat ibubapa yg makan duit rasuah walaupun sekelumit? rezeki yg tak diberkati...subhanallah! betul tu sue, rezeki ada di mana2 asalkan kita ikhlas dlm bekerja.

Sue.Aleen on March 15, 2008 at 2:29 AM said...

>>> kak rina:
pengalaman berharga tu kak... bagi yang merasa tu mesti tahu betapa politik duit itu juga merebak ke dalam pejabat. dan pejabat paling teruk kat s'gor ni = pejabat tanah.. that's the worst yang pernah deal with.





>>> kak kc:
saya ni kalo dah tak suka & tak ikhlas memang saya akan tarik diri. yep.. benar la tu, makan rasuah walau pun sedikit akan affect keturunan kita. mungkin pasal tu la ramai orang yang tunggang-langgang sekarang ni...

 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez